FAQ

Q: Apakah fungsi laman web Bookclub.my?

Laman web Bookclub.my berfungsi untuk membolehkan pembeli dan peminat buku berbahasa melayu mendapatkan buku kegemaran mereka secara ONLINE dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai buku.

Q:  Bagaimanakah cara untuk membeli buku di Bookclub.my?

A : Cara-cara membeli di Bookclub.my adalah mengikut aturan di bawah.

cara-beli

Q : Bagaimana pula cara pembayarannya?

A : Ketika proses BAYAR atau CHECKOUT, pelanggan boleh memilih cara pembayaran yang sesuai dengan kesesuaian pelanggan. Terdapat 2 cara pembayaran iaitu melalui Bank In/Online Bank In (Dibekalkan No Akaun CIMB dan MAYBANK Kami) dan Paypal.

Q : Berapakah anggaran kos penghantaran pesanan saya?

A : Sekiranya pelanggan membeli buku bernilai RM100 ke bawah, anggaran kos penghantaran ialah RM6. Bagi pembelian RM100 ke atas untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, kos penghantarannya adalah percuma. Rujuk polisi penghantaran kami.

Q : Sekiranya saya membuat pembelian, berapa lama buku yang dipesan akan sampai ke alamat saya?

A : Pada kebiasannya, pesanan buku di Bookclub.my akan mengambil masa 1 – 3 hari bekerja untuk sampai ke alamat pelanggan kecuali pada waktu-waktu tertentu seperti apabila Bookclub.my mengadakan promosi besar-besaran.

Q : Apa yang boleh saya lakukan sekiranya pesanan saya tidak sampai?

A : Pelanggan boleh menghubungi kami samada secara email di support@bookclub.my atau telefon 013-6024455 untuk aduan berkaitan pesanan. kami beroperasi dari 9.00 pagi – 5.00 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.