Amran Fans

RM 25.00

“Kebodohan Amran hanyalah untuk mereka yang berakal.” – Amran

Out of stock

SKU: BD03 Category: Tags: , ,

Description

Buku ini bukan bodoh punya barang, kerana kebodohan Amran hanya untuk mereka yang berakal.

“Kebodohan Amran hanyalah untuk mereka yang berakal.” – Amran

Mungkin korang pun dah nampak yang Amran tak macam dulu. Dah kurang buat korang ketawa. Idea pun dah biasa biasa. Bukan apa, Amran rasa diri ni dah terlalu tua dan dah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan dekat media sosial ni.

Sebelum korang gulingkan Amran dengan cara tak bermaruah bagaimana yang berlaku pada Muammar Gaddafi, baik Amran pilih untuk undur diri ataupun bergerak perlahan sedkit untuk kasi laluan pada page-page troll baru yang Amran lihat potensi mereka jauh lebih baik dari Amran.

Amran tinggalkan hasil catatan Amran selama dua tahun kewujudan Amran Fans ini kepada korang. Korang cari, beli dan bacalah hasil tinggalan Amran tu nanti. Amran doakan agar kalian semua dimurahkan rezeki . Terima kasih kerana pernah menyokong. Ada rezeki kita jumpa lagi.

amran fans Staff Petronas

Ini pula ketika Amran Fans Kecewa dengan cinta Hanis Zalikha.

amran fans kecewa dengan hanis zalikha


Siapa Amran fans?

Siapa yang tak kenal dengan Amran Fans? Sebuah FB fanpage parodi dengan tema “Kebodohan Amran Hanya Untuk Mereka Yang Berakal” yang sangat terkenal yang penuh dengan status dan lawak2 satira yang sinis dan sarkastik terhadap pelbagai isu yang berlaku di tanah air dari hiburan, politik, berita semasa malah lawak cintan cintunnya dengan para artis seperti Hanis Zalikha, Yana Samsudin dan lain2, ditambah pula dengan skill edit gambar tahap dewa yang budak multimedia pun tak boleh nak cam. Walaupun fanpage Amran Fans ini sangat terkenal, namun tahukan anda siapakah gerangan orang di sebalik wajah Amran Fans dan macam mana beliau boleh menjadi sangat popular dan famous?

Amran Fans

Pemilik gambar asal ini pada asalnya menggunakan nama Amran Pekida di FB. Tidak pasti yang beliau memang benar2 ahli Pekida atau tidak. Beliau terlalu legend di portal2 berita yang bukan pro-kerajaan seperti Malaysiakini.com, dan beliau menjadi popular disebabkan sering menulis komen yang sangat macai yang sangat menyakitkan hati sampai tak masuk akal. Tidak dapat dipastikan yang dia benar2 macai atau pun satu watak yang direka oleh pihak lawan untuk menggambarkan yang macai UMNO dan BN ini sangat dungu.

Setelah beberapa lama menjadi lagenda, beliau menukar nama FBnya kepada Amran Sukarjo. Pada masa itu akaun fanpage parodi Amran Fans telah pun wujud yang tidak diketahui siapa owner sebenar di sebalik fanpage tersebut, namun Amran Sukarjo yang sebenar seperti tidak ambil port dan ambil pusing akan kepopularan fanpage parodi yang menggunakan nama dan wajahnya itu.

Amran seorang yang rajin bekerja dan beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat Oil & Gas terkemuka malaysia.

Sekarang ini Amran Sukarjo Pekida yang sebenar telah pun menutup akaun FBnya. Punca dia tutup tidak diketahui, mungkin kerana tak tahan kerana sudah terlalu femes. Aku hanya sempat print screen hanya 1 komennya di Malaysiakini dulu yang aku pernah kongsikan dalam entry “Membezakan troll, sarcasm dan macai” ini dulu.

Namun jejak dan sisa2 peninggalannya masih boleh dapat dibaca melalui komen2 netizen lain di portal2 berita online. Amran yang sebenar komen2 dia kalau baca memang menyakitkan hati, bukan kelakar macam page parodinya. Aku pun tak tahu apa perasaan Amran yang sebenar setelah dirinya menjadi begitu popular dan digilai gadis2 melayu.

So kepada yang tak tahu siapa Amran, dari celah mana dia muncul, macam mana dia boleh famous amos, kenapa orang buat fanpage parodi dia, kini anda sudah tahu.

Sumber: blog Buasir Otak

Terbitan: Dubook Press