Ayahanda Rani Kulup #Kipidap

RM 19.00

Sebuah Buku yang Mengisahkan siapa sebenarnya Ayahanda Abdul Rani Kulup yang kini menjadi fenomena seantero negara.

Only 5 left in stock

Description

Rani Kulup Ialah Seorang Legend!

Judul: Ayahanda Rani Kulup #Kipidap

Format: Paperback
Saiz: 5.3″x7.6″
ISBN-13: 978-967-369-303-0
Tarikh Terbit: 14 Oct 2015
Jumlah Muka Surat : 224
Berat (kg) : 0.26


Sinopsis

Siapa sebenarnya Ayahanda Abdul Rani Kulup yang kini menjadi fenomena seantero negara?

Penampilan uniform ketat, rambut panjang, spek mata hitam dan tongkat serta beret merah yang ikonik, dengan mudah menarik lensa kamera dan video para wartawan pengamal media massa.

TAMPIL dengan beret merah, berbaju seragam berwarna merah dan hitam, Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, menarik perhatian ramai dalam setiap langkah yang diambilnya.

Beliau mencetus fenomena baharu apabila sering membuat laporan polis berkaitan isu semasa terutamanya hal yang menyentuh agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Tampil bersahaja, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, berkata, sehingga ke hari ini beliau sudah membuat hampir 1,000 laporan polis.

Katanya tujuan beliau membuat laporan polis kerana terpanggil ‘untuk menyelamatkan negara’ daripada terus dirosakkan oleh tangan-tangan jahat yang mahu mengganggu gugat keamanan negara.

“Kita dengar banyak kes-kes penghinaan terhadap agama, bangsa dan negara, kita juga ada orang yang sering mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.

“Jadi di sini peranan MJMM untuk beri peringatan kepada pihak-pihak ini supaya tidak berterusan melakukan onar dalam negara.

“Pada mulanya saya anggap perkara ini biasa sahaja (buat laporan polis), sebab semua orang boleh buat laporan, tetapi apabila ada sahaja isu-isu yang membabitkan perihal ancaman kepada negara, banyak pihak menyarankan MJMM buat laporan polis.

“Dah jadi ‘tukang lapor’ pula, padahal kita tiada apa-apa kepentingan. Mereka mengharapkan saya, sebab rakyat tidak gemar tentang perkara-perkara ini, mereka tidak buat laporan jadi saya tampil buat laporan,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Berbicara lanjut, Abdul berkata, beliau ikhlas dalam membuat laporan polis tersebut, tanpa dibiayai oleh sesiapa.

“Kami buat laporan polis ini bukan kerana dipengaruhi atau disuruh oleh mana-mana individu. Kami lakukan dengan ikhlas tanpa dibayar oleh mana-mana badan, sama ada NGO atau parti politik.

“Untuk rekod, saya sudah buat 1,000 laporan polis sejak dari 2011 berkaitan pelbagai isu dan terserah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PRDM) untuk membawa mereka yang dilaporkan ini ke muka pengadilan.

“Banyak isu  laporan saya itu telah diambil tindakan sebenarnya, jadi kita tidaklah boleh kata polis tidak ambil tindakan. Dengan hampir 1000 laporan dibuat saya, maka tidak hairanlah, orang cakap saya ‘king of report’,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Rani berkata, beliau akan terus membuat laporan polis selagi laporannya itu diperlukan dan tidak kisah jika ada sesiapa yang mengkritiknya.

“Saya tidak pernah rasa bosan, tak ada orang ikut saya pun, saya akan buat juga, demi keamanan, saya juga tidak takut dikritik,” katanya lagi.

Sumber: Sinarharian.com.my


Rani Kulup – Kehebatan Beliau

  • Pandai Menyanyi

  • Seorang Drummer Yang “Agak” Power Juga (Sometimes Group)

  • Pandai Masak

  • Raja Report Malaysia

 


Buku Beliau

Ayahanda Rani Kulup Cakap siapa tak baca buku ni, beliau akan report!

 

Buku Rani Kulup #kipidap

Buku Rani Kulup

buku rani Kulup

 

ayahanda rani kulup

Rani Kulup

ayahanda Rani Kuluprani kulup

Rani Kulup

rani kulup

Rani Kulup

Dapatkan Sekarang buku Ayahanda #kipidap di sini

Rani Kulup

FOLLOW dan LIKE Bookclub di Instagram dan Facebook