Babi: Bercinta Di Sebalik Api

RM 20.00

CINTA TEENLIT FASLAFAH ISLAMIK

Only 5 left in stock

Description

Penulis:  Azwar Kamaruzaman

Mukasurat:  298

ISBN: 978-967-0591-00-1

Berat:  0.24 kg

Terbitan: Lejen Press


SINOPSIS

Perghh!! Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami – Leman

Ya! Sekali melihat semua mengatakan aku seperti lelaki. Sebenarnya naluri aku masih perempuan. Berkawan dengan Leman sejak kecil, membuatkan aku jatih cinta kepadanya. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Biarpun, perjalanan kehidupannya penuh dengan duri. Aku sayang dia biarpun dia disamakan dengan BABI. Tapi………… – Azmi

Cinta itu hanya dibirai katil. setelah habis aksi diranjang,maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. – Pauziah

#bcreviewbuku oleh #bookclubmy . Review Buku #babi oleh cheryna27, ” Sesiapa yang nak baca buku ni harus tabah. Ini hukum dunia. Realiti dan bukan durian crepe atau kek pelangi. Bahasa mudah, cerita normal tp garapannya buat cerita ini jd luar biasa impaknya. Sesiapa yg membaca tak perlu ada latarbelakang hebat atau pelajaran tinggi. Tak ada nama2 pelik atau perkataan2 pinjaman. Tak ada cerita Samarinda. Tak perlu wajah tampan dan deskripsi Aaron Aziz. Cerita ini cynical tanpa perlu berpura baik atau mengeji. Cover dan helaian muka surat diteliti. Cuma ada penutup yg buat aku sedikit kecewa. Terlalu dramatik sampai aku rasa kurang aura positif dlm watak yg aku letakkan sbg pendorong cerita. Apapun…tahniah! Percubaan pertama yg daring tapi bermutu. Paling penting, kondom dlm cerita ini ada pengajarannya. Bukan kondom strawberry ;)” . #buku “babi” ini ditulis oleh @azwarkamaruzaman Dan diterbitkan oleh @lejenpress . #books #read #reading #reader #instagood #library #author #bestoftheday #bookworm #readinglist #love #photooftheday #story #literature #stories #lejenpress #bukuindiemalaysia #bacasampaihabis #generasimembaca #novel #bukuindie #flatlay #bookgram

A photo posted by Buku Online (@bookclub.my) on