DIAgnosis 2

RM 30.00

Moga sekuel DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.

Only 5 left in stock

SKU: BD20 Category: Tags: , , ,

Description

Judul: DIAgnosis 2

Format: Paperback
Saiz: 5.5″ x 8”
ISBN-13: 978-967-13073-0-4
Jumlah Muka Surat: 360
Berat (Kg): 0.44

Terbitan: whitecoat


Preview

DIAgnosis 2

Diagnosis 2

Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari.Kamu menjadi watak transisi hidup mati.Protagonis atau antagonis,bergantung pada mata penilai manusiatetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati.Kerjaya ini, jika benar untuk Illahi, pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.

Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya,bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling ‘kaya’ dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu ‘rasa itu’ rasa yang tak mampu dibeli biar dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.

Moga sekuel DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.

Ini buku untuk semua.

Bacalah dengan namaNYA.

 


Testimoni Pembaca

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana seorang doktor menulis tentang kerjayanya. Tetapi sebelum saya membaca buku yang kedua ini, saya tertanya-tanya pula, bagaimana beberapa orang doktor pakar menulis tentang kerjayanya?

Awesome and smart!

Untuk Review Penuh dari Barukisa (Balqis), sila Klik Sini

 

Kompilasi penulisan daripada beberapa orang Doktor Pakar yang hebat berkisar dengan pengalaman mereka sehari-hari. Kisah-kisah yang mengesankan, menyentap rasa, memberikan keinsafan terutama untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang dikurniakan Ilahi. Terkesan dan lebih menginsafi kuasa Allah yang bila Dia menghendaki sesuatu, cukup dengan berkata “Jadi. Maka jadilah.” Betapa manusia yang merasakan dirinya hebat, sebenarnya tiada kuasa apa pun untuk mengawal sistem dalaman tubuhnya sendiri, hatta seurat benang saraf pun.
Gaya penulisannya pelbagai mengikut gaya masing-masing yang dirasakan diambil daripada blog penulisan masing-masing. Kewujudan beberapa terminologi teknikal dalam perubatan ada kalanya mengganggu pembacaan. Apatah lagi bila ianya ditulis dalam bahasa Inggeris.

 

Penulisan yang mudah, tanpa sedar membawa pembaca meresap masuk ke dalam pembacaan. Setiap kali membaca, akan mula justifikasi, ini lah penulis terbaik, masuk ke penulisan penulis seterusnya, oh tidak ini lagi terbaik, dan kemudian ‘damn’ ini lagi padu.

Bacaan ringan ini membuktikan kesibukan kerjaya dalam sains kesihatan sebenarnya masih punya ruang berkarya. Menyedarkan kita, pelajar perubatan khususnya bahawa memahami manusia itu tak pernah cukup hanya melalui teks teks tebal pengajian universiti. Sungguh, pesakit itu kan mampu beri seribu satu makna dalam hidup kita.

Dari penulisan tentang pengalaman, persoalan cinta, kebangkitan dari ‘givng up’ sebagai HO, hingga ke realiti kebahagiaan berkeluarga pasangan keduanya Doktor, buku ini membawa pembaca ke satu dunia baru, dengan horizon perasaan emosi yang luas.

Buat pelajar sains kesihatan, buku ini secara ringkas akan memberi gambaran kepada suasana kerja kita kelak. Menyedarkan kita, bahawa zaman belajar ini perlu diisi sebaiknya.

Tahniah semua doktor yang menulis dalam Diagnosis 2. Terima kasih.

 

 

Diagnosis 2