GANTUNG

RM 19.90

Novel kedua oleh penulis novel bestseller KELABU.

Only 5 left in stock

SKU: BD24 Category: Tags: , , , , , ,

Description

Muka Surat: 293

Berat: — kg

Genre: SERAM, REMAJA, CINTA, PERSAHABATAN, GENDER

Penulis: Nadia Khan

Penerbit: Buku FIXI

ISBN: 9789670374505


SINOPSIS

Novel kedua oleh penulis novel bestseller KELABU.

“Musketeer Code – no all for one, just one for all.”

Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code – peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.

Sehinggalah peraturan itu dilanggar… dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian…


 

MENGENAI PENULIS

Nadia Khan a.k.a Neddo Khan (atau nama mengikut I.C. birunya, Nadia binti Mohamad Hatta) telah ditanya oleh seorang wartawan ketika mendapat 4A untuk UPSR, “Apa cita-cita adik?” dan dia dengan penuh yakinnya menjawab, “Penulis.”

Jawapan itu tak pernah tersiar di suratkhabar. Mendapat pendidikan formal di Petaling Jaya, Kuching, Taiping, Shah Alam, Seremban, Batu Pahat – dan pendidikan tidak formal di setiap langkah, di mana saja. Lulus M.B.B.S. pada tahun 2009, cita-cita yang dijawab pada umur 12 tahun itu terus dikejar sehingga terhasilnya KELABU, novelnya yang pertama. Pada tahun 2012 muncul buku CERPEN NADIA KHAN dan GANTUNG  pada 2013.