I Moved Your Cheese

RM 15.00

kisah inspirasi tentang tikus generasi baru yang mula mencabar andaian dan bertanya soalan-soalan penting.

Only 5 left in stock

Description

ISBN-13: 978-967-369-189-0
Tarikh Terbit: 29 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 86

Berat(kg): 0.09

Kategori: Bantu Diri, Bisnes & Pengurusan, Bukan Fiksyen

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


 

I Moved Your Cheese mengambil sudut pandang yang berbeza dan menawarkan pendekatan alternatif dalam menghuraikan persoalan berkaitan perubahan.

Profesor Harvard Business School dan penulis bestseller, Deepak Malhotra, memberitahu kisah inspirasi tentang tikus generasi baru yang mula mencabar andaian dan bertanya soalan-soalan penting. Tiga watak dalam buku ini, iaitu Max, Zed, dan Big, tidak hanya menerima keadaan mereka dan taat mengejar keju. Mereka mula mencari lebih mendalam, memeriksa, dan menilai semula apa kekangan yang dikatakan ada pada diri mereka.

Buku ini tidak hanya menjawab pertanyaan, “Siapa yang ambil keju saya?” Malah, satu lagi pertanyaan penting turut dibincangkan, iaitu, “Mengapa keju itu diambil?”

Bab 1   Buku yang Terhebat

Bab 2   Max yang Suka Bertanya

Bab 3   Zed yang Bijaksana

Bab 4   Kenapa Keju itu Diambil?

Bab 5   Cerita yang Mustahil

Bab 6   Jalan Keluar Ada di Atas

Bab 7   Big yang Gagah Perkasa

Bab 8   Keluar dari Daerah Maze

Bab 9   Siapa yang Ambil Keju Saya

Bab 10 Saya yang Ambil Keju Awak

Bab 11 Ghaib di Sebalik Dinding

Bab 12 Daerah Maze dalam Diri Tikus

Bab 13 Tikus yang Lain daripada yang Lain

Bab 14 Tikus yang Gagah Perkasa

Bab 15 Soalan Perbincangan

Bab 16 Soalan Refleksi untuk Individu

Bab 17 Soalan Perbincangan untuk Kumpulan dan Kelab Buku

Bab 18 Soalan Perbincangan untuk Organisasi dan Kumpulan

Bab 19 Nota untuk Pendidik

Bab 20 Nota untuk Pengurus dan Eksekutif

Bab 21 Soalan-Soalan daripada Pembaca untuk Penulis

Bab 22 Penghargaan

Maklumat Penulis

 


Review

Perubahan sentiasa berlaku tanpa dapat ditahan oleh sesiapa. Perubahan yang berlaku di dunia ini adalah di luar kawalan kita. Apa yang mampu kita kawal hanyalah reaksi kita terhadap perubahan itu. Inilah kepercayaan berjuta-juta umat manusia di seluruh dunia. Kepercayaan ini jugalah yang menjadi mesej utama dalam buku bestseller yang terjual berpuluh-puluh juta di seluruh dunia iaitu “Who Moved My Cheese”.

Namun, ada manusia yang berani dan mahu mencabar perkara ini. Deepak Malhotra, tidak mahu dirinya dan para pembaca hanya menerima perubahan secara membuta-tuli. Dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semata-mata masih tidak cukup untuk mencapai kebahagiaan. Ada perkara yang lebih penting daripada hanya menerima perubahan itu. Kita perlu mencari jawapan dan sebab kenapa perubahan itu berlaku.

Manusia selalu meremehkan keupayaan dirinya, sedangkan kita memiliki kemampuan untuk mengawal kehidupan dan mencipta perubahan mengikut kemahuan kita. Jangan terima perubahan secara membuta-tuli. Inilah mesej utama dalam buku “I Moved Your Cheese”, yang mahu mencabar dan menjawab persoalan yang tergantung tanpa jawapan dalam buku “Who Moved My Cheese”.

Buku “I Moved Your Cheese” ini sesuai untuk mereka yang sedang bekerja keras mahu mencapai kejayaan, tetapi masih belum mencapai kepuasan dalam hidupnya. Ia juga sesuai untuk mereka yang menderita pada setiap hari kerana terpaksa melakukan kerja yang tidak diminati. Dapatkan buku ini segera untuk mencipta perubahan yang membahagiakan dalam hidup kita. Hidup terlalu singkat untuk menerima perubahan secara membuta-tuli. Kita mampu mengubahnya.