Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

RM 25.00

Kepada rakan-rakan sukarelawan di luar sana, bacalah buku “Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi” ini, ambil inspirasi. Semoga anda semua diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam membantu insan yang memerlukan.

Siti Salha, Pembaca Buku “Lelaki Terakhir Menangis di Bumi”

Out of stock

Description

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

Lelaki Terakhir Menangis di Bumi


Info buku: “Lelaki Terakhir Menangis di Bumi”

Format: Paperback
Saiz: 5″ x 7”
ISBN-13: 978-967-0723-47-1
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.20

Penulis: Musa Nuwayri

Terbitan: Dubook Press


Preview

Tiba-tiba kedengaran bunyi mengaduh di dalam kelompok kanak-kanak yang sedang berkejaran sebentar tadi. Seorang anak kecil berumur lingkungan 5 tahun terduduk kesakitan. Kami mendekat. Aku terkejut besar melihat sebilah kaca sebesar ibu jari tangan orang dewasa tertusuk ke dalam kakinya. Aku cuba membantu, tetapi tangan anak itu lebih pantas mencabut kaca berkenaan.

“Ini benda biasa” kata beliau tersengih.

Tiada darah yang keluar. Mungkin kulit kaki beliau sudah kebal sehingga kaca tersebut gagal menembusi lebih dalam. Anak itu bangun semula, lalu kembali menyertai rakan-rakannya berlari.

“Tangisan Syria di Bumi Jordan”


Ulasan Penulis: Musa Nuwari

Penulis Lelaki Terakhir Menangis di Bumi

Ini bukan novel cinta.

Buku ini tempat aku bercerita bagaimana terdetiknya idea untuk membantu pelarian Syria. Dihantar jauh daripada keluarga untuk belajar di tanah gersang Jordan. Seperti mahasiswa lain yang ke sini, aku mendaftar di universiti sebelum satu peristiwa berlaku menyebabkan aku tahu, aku perlu melakukan sesuatu untuk pelarian Syria yang berjumlah ratusan ribu di sini.

Aku berusia 19 tahun ketika NGO yang dinamakan Tangisan Syria Di Bumi Jordan itu ditubuhkan, dan ketika segalanya tampak berjalan dengan lancar, tuhan mula menguji kami dengan ribuan cabaran dan dugaan. Dan antara cabaran terbesar yang ada aku ceritakan di dalam buku ini ialah bagaimana tuhan uji kami dengan bekerjasama bersama sebuah NGO arab penipu dengan penipuan yang tidak munasabah. Mereka bukan seperti arab arab yang menipu di jalanan, tetapi mereka sebuah NGO yang berdaftar secara sah di Jordan! Yang sepatutnya jujur dan amanah, ataupun sekurang-kurangnya takut dengan undang undang di negara mereka sendiri.

Dan apabila kerja-kerja jahat dibongkar, mereka semakin liar. Mereka mula menyerang masuk ke dalam rumah kami dan melakukan sesuatu yang langsung tidak masuk akal! Lalu mereka ugut pula untuk membunuh dengan disebut ayat yang akan kami ingat selama-lamanya “Esok, aku akan tembak kepala kau menggunakan pistol!” Tidak cukup dengan itu, drama penipuan mereka yang seterusnya untuk terus ‘menghabiskan’ kami, sebijik seperti drama di dalam televisyen!

Juga sudah pasti diselit kisah kisah gembira, kisah kisah derita dan warna warni sepanjang hampir 3 tahun bersama NGO Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Bukan mudah bagi lelaki untuk menangis, bukan?

Sumber: Goodreads

Penulis Lelaki terakhir menangis di bumi
Sumber: Instagram Musa Nuwayri
Musa dan Dr MAZA
Penulis Bersama DR MAZA

 

Musa Nuwayri dan piyan habib
Penulis bersama Pyan Habib

 


Komen Pembaca


Pengiktirafan

Lelaki terakhir menangis di bumi
Top 10 best seller DubookStore