Tora Datang Lagi

RM 25.00

Buku “Tora Datang Lagi” ialah sebuah Kitab Pengetahuan Kanak-kanak 90an yang patut anda baca!

Out of stock

Description

Judul: Tora Datang Lagi

Penulis: Amirul Bozu

ISBN: 978-967-0723-19-8

Muka surat: 300 muka surat

Berat: 0.28 kg

Terbitan: Dubook Press


SINOPSIS

Tora Datang Lagi

“Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”

Tora datang lagi

 


Testimoni Pembaca

Satu perkataan saja nak describe penulis: GILA. haha. Gila sebab boleh ingat banyak benda dengan details yang cukup lengkap. Tapi tentunya dia dah buat banyak research sebelum tulis. Jadi 5 bintang yang diberikan di sini adalah sebab ketepatan fakta dan memori si penulis.

Bayangkan semua kenangan masa kecil dihimpunkan dalam sebuah buku yang lengkap, tebal. Macam kitab. Mungkinlah bagi setengah orang ia agak membosankan sebab tak ada naratif – ia macam kamus/ensiklopedia. Tapi dah buku ni namanya kitab maka memang patutlah dia agak ‘mendatar’. Nak cerita, belilah novel-novel.

Bila baca, memang ada satu-dua benda yang tak pernah dengar langsung (mungkin aku di Perlis tak pernah main beberapa benda yang disebutkan, begitu juga di tempat lain). Banyak yang aku dah biasa dengar. Banyak juga yang bila baca aku macam “Haaa weh lama tak dengar benda ni, sekarang baru aku ingat benda ni pernah wujud dalam hidup aku)

Bila abang aku (lahir 1977) selak buku ni, dia kata penulis ada miss satu permainan. Aku lupa apa permainan tu sebab aku pun tak tau haha.

Tahniah kepada penulis.

 

4 bintang sebab berjaya bawa aku naik mesin cahaya masa balik ke 20 tahun sebelumnya. Gaya humor penulisan juga membuat bacaan santai ini lebih terasa kesantaiannya. Pun dalam kesantaian gaya dan bahasa yang dibawa tetaplah imej-imej suatu zaman yang terasa lebih lapang, bebas dan penuh kekreatifan tempatan. Waktu zaman belum lagi menjadi sepenuhnya global. Waktu zaman masih menawarkan warna dan nilai setempat yang dibangunkan dari semangat anak-anak menikmati ruang waktunya tanpa terlalu terikat dengan perkakasan teknologi langit terbuka yang membawa sebanyak-banyaknya produk-produk budaya dari luar baik dari timur mahupun barat.

Terima kasih atas penulisan dan penerbitan buku ini. Sekurang-kurannya kita anak-anak era 90-an tahu bahawa kita tidak bersendiri sewaktu mencantum imej-imej kenangan zaman yang telah berlalu itu.

 

More review: