Who Moved My Cheese?

RM 29.90

Edisi Melayu

Only 3 left in stock

SKU: UM18 Category: Tags: , ,

Description

Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu) – Hard Cover

ISBN-13: 978-967-369-197-5
Tarikh Terbit: 11 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 80

Kategori: Bukan Fiksyen Umum, Bisnes & Pengurusan Umum, Motivasi & Inspirasi

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.

Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran.

Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.

Buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Dr. Spencer Johnson, ini menerangkan kepada kita bagaimana:

  1. – Menjangkakan perubahan
  2. – Beradaptasi dengan perubahan secepatnya
  3. – Menikmati perubahan
  4. – Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti

 

Kenal pasti rahsia yang ada dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup.

  • Fenomena Who Moved My Cheese?
  • Bahagian dalam Diri Kita
  • Kisah di Sebalik Tabir
  • Majlis Perjumpaan di Chicago
  • Sebuah Cerita: Siapa yang Mengalihkan Keju Saya?
  • Perbincangan Pada Hari yang Sama