Why We Want You To Be Rich

RM 30.00

Description

**************************************

 

ISBN-13: 978-967-369-173-9
Tarikh Terbit: 31 Oct 2012
Jumlah Muka Surat : 456

Berat(kg): 0.55

Kategori: Bantu DiriBisnes & PengurusanKeusahawanan,KewanganPendidikan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

 

**************************************

Donald Trump dan Robert Kiyosaki tidak akan memberi wang kepada kita sekalipun kita membeli buku ini. Tetapi, mereka akan kongsikan ilmu kewangan yang lebih bernilai daripada wang. Wang yang diberi akan habis, tetapi ilmu kewangan membantu kita menjana lebih banyak wang.

Berikan seekor ikan kepada seseorang, kita hanya memberi dia makan untuk sehari. Ajarkan orang itu memancing, dia dapat mencari makan sepanjang hayatnya.

Apabila dua jutawan hebat iaitu Trump dan Kiyosaki bergabung tenaga untuk menulis sebuah buku, kita dapat menjangkakan hasilnya. Tulisan mereka juga penuh bertenaga dan mengeluarkan aura kejayaan yang tersendiri.

Tulisan mereka mencabar pemikiran dan mengubah persepsi kita kepada wang. Mereka menyedarkan kita yang terperangkap dalam zon selesa, sedangkan timbunan wang berada di luar zon selesa.

 

 

Bahagian Satu: Mengapa Mereka Menulis Buku ini

Bab 1: Pertemuan Jutawan dan Bilionair

Bab 2: Perkara yang Membimbangkan Kami

Bab 3: Kelas Pertengahan yang Semakin Pupus

Bab 4: Bagaimana Menjadikan Diri Kamu Kaya

Bab 5: Mengapa Kami Mahu Kamu Kaya

 

Bahagian Dua: Tiga Kategori Pelabur

Bab 6: Melabur untuk Menang

Bab 7: Memilih Pertempuran dan Medan Perang

Bab 8: Perbezaan Penabung dan Pelabur

Bab 9: Dua Perkara Yang Kamu Laburkan

Bab 10: Pemenang Menguasai Kawalan

Bab 11: Kreativiti Otak Kanan dan Otak Kiri

Bab 12: Berfikiran Luas dan Berkembang

Bab 13: Menjadi Sangat Kaya Itu Tidak Berisiko

 

Bahagian Tiga: Detik Penentuan Antara Menang dan Kalah

Bab 14: Apa yang Kamu Pelajari daripada Ayah Kamu?

Bab 15: Apa yang Kamu Pelajari daripada Ibu Kamu?

Bab 16: Apa yang Kamu Pelajari di Sekolah?

Bab 17: Bagaimana Akademi Tentera Membantu Menentukan Hidup Kamu?

Bab 18: Apa yang Dapat Kamu Pelajari Dari Sukan?

Bab 19: Apa yang Kamu Pelajari dari Bisnes?

Bab 20: Apakah Falsafah Kamu Tentang Tuhan, Agama dan Wang?

 

Bahagian Empat: Apa Yang Kamu Lakukan Sekiranya Berada Di Tempat Saya?

Bab 21: Saya Masih Bersekolah, Apa Yang Harus Saya Lakukan?

Bab 22: Saya Seorang Dewasa Yang Tiada Banyak Wang, Apa Yang Patut Saya Lakukan?

Bab 23: Saya Seorang Baby Boomer Yang Tiada Banyak Wang, Apa Yang Patut Saya Lakukan?

Bab 24: Sekiranya Saya Sudah Kaya, Apakah Nasihat Kamu Kepada Saya?

Bab 25: Mengapa Ramai Orang Gagal Menjadi Kaya?

 

Bahagian Lima: Mari Mulakan Sekarang

Bab 26: Mengapa Kamu Melabur Di dalam Bidang Hartanah?

Bab 27: Mengapa Kamu Mencadangkan MLM?

Bab 28: Mengapa Kamu Mencadangkan Perniagaan Sendiri?

Bab 29: Pemimpin Adalah Guru

 

***********************************************************

 

REVIEW #1

 

Apabila dua ikon jutawan yang hebat iaitu Trump dan Kiyosaki bergabung tenaga menulis bersama-sama, maka akan terhasillah sebuah mahakarya agung tentang kekayaan. Mereka adalah tokoh yang selayaknya untuk berbicara tentang bisnes, kekayaan, dan kemasyhuran. Tulisan mereka mencabar pemikiran kita yang berangan-angan mahu menjadi kaya, tetapi tidak serius mahu merealisasikannya. Mereka menyedarkan orang malas yang masih terperangkap dalam zon selesa, sedangkan timbunan harta dan kekayaan berada di luar zon selesa.

Mereka mengupas tentang persoalan kenapa kita perlu menjadi kaya. Apabila kita jelas dengan matlamat dan sebab untuk menjadi kaya, persoalan tentang bagaimana mahu menjadi kaya akan terjawab dengan sendirinya. Apabila murid sudah bersedia, alam sekeliling akan menjadi guru. Dan sekarang, Trump dan Kiyosaki menjadi guru untuk membimbing kita menjadi jutawan. Belajarlah daripada pakar yang terhebat seperti mereka. Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang yang biasa-biasa sahaja.

REVIEW #2

Pada masa ini, dunia kita menghadapi sejumlah masalah kewangan yang serius lagi kompleks.Kebanyakannya saling berkaitan. Ia umpama kesan tindak balas berantai, satu masalah akan menyebabkan masalah yang lain timbul. Amerika yang terkenal gah dengan kuasa ekonominya juga tidak terkecuali dibelenggu masalah ini. Masalah ini turut memberi impak kepada ekonomi dunia secara langsung, ia umpama apabila Amerika bersin, seluruh dunia terkena selesemanya.

Natijahnya jurang antara si kaya dan si miskin semakin melebar, manakala golongan kelas pertengahan semakin menghilang sedikit demi sedikit. Jadi, sekiranya kita termasuk di dalam golongan kelas pertengahan, kita perlu segera memutuskan sama ada mahu menjadi orang kaya orang ataupun orang miskin. Kerana lambat laun kelas pertengahan akan pupus jua.

Ada yang berfikir, apa gunanya bersusah payah menjadi kaya? Kerajaan yang bertanggungjawab pasti membantu menyelesaikan masalah rakyatnya yang tidak berkemampuan. Memang benar, tetapi kita tidak boleh bergantung pada kerajaan bagi menjaga kebajikan kita selama-lamanya. Amerika contohnya, sebuah negara adikuasa ekonomi tetapi sekarang ia tidak lagi mampu membantu rakyatnya kerana mereka sendiri sedang menghadapi krisis kewangan. Sekiranya kerajaan Amerika tetap mahu meneruskan dasar populis dengan terus membantu rakyatnya, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih besar. Negara mereka boleh muflis!

Jadi sebagai golongan pertengahan, apa yang harus kita lakukan? Nampaknya, kita semua tiada pilihan lain melainkan menjadi kaya. Dengan menjadi kaya, kita mempunyai cukup wang bagi menjaga diri sendiri apabila berlaku sebarang krisis ekonomi dan bebas dari sebarang masalah. Inilah sebabnya mengapa pengarang mahukan kita semua menjadi kaya.

Apa yang pengarang cuba kupaskan di dalam buku ini adalah mengenai persoalan MENGAPA dan bukannya BAGAIMANA kita menjadi kaya. Pengarang tidak mengajar kita bagaimana hendak menjadi kaya, sebaliknya mereka membantu kita mengubahperspektif serta cara kita berfikir bagaimana hendak berhadapan dengan cabaran ekonomi dan krisis kewangan.

Buku ini ditulis dalam bentuk gaya perbualan, dan juga penceritaan. Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian. Bahagian pertama menceritakan bagaimana kedua-dua pengarang bertemu, berkenalan dan mendapat idea bagi menulis buku ini. Dalam Bahagian 2, pengarang menjelaskan tentang jenis-jenis pelabuuran yang bersiko dan tidak berisiko. Manakala faktorfaktor yang mempengaruhikehidupanseseorangdibincangkan di dalam Bahagian 3. Dalam Bahagian 4 pula, pengarang menawarkan nasihat bagaimana hendak mendidik diri dan mengawal kewangan kita pada semua peringkat dan situasi. Dan akhir sekali di dalam Bahagian 5, pengarang memberikan ideaideakhusus tentang situasi sebenar bagaimana ia boleh membantu kita menjadi kaya.

Oleh itu janganlah kita leka semata-mata kerana berada di dalam zon selesa sekarang. Ambil tindakan segera. Pelajari ilmu kewangan serta tingkatkan IQ kewangan kita sebelum terlewat. Buku ini boleh menjadi titik permulaan yang baik bagi memulakan persiapan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Why We Want You To Be Rich”

Your email address will not be published.